RSS

BAB 11

1.             Nama Sabah berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.

Pisang saba dikaitkan dengan masyarakat

A             Kadazandusun.

B             Bajau.

C             Murut.

D             Sungei.

2.             Bagaimanakah Sultan Sulu berjaya menguasai kawasan tersebut daripada Kesultanan Brunei?

A  Penaklukan

B   Pemberian hadiah

C   Perluasan wilayah

D  Pembayaran ufti

3.             Selain daripada sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas,  Sabah juga mengamalkan sistem politik kesukuan.

Antara berikut, yang mana-kah boleh dikaitkan dengan sistem politik kesukuan?

I    Diamalkan   di   daerah pedalaman

II   Mula digunakan pada abad ke-17

III Diamalkan di bahagian persisiran pantai

IV  Melibatkan kaum Kadazan dusun, Murut, dan Orang Sungei

A   I dan ll

B   Il dan lll

C   III dan IV

D   I dan IV

4. Apakah kegiatan utama kaum Murut di Sabah ?

A             Menangkap ikan

B             Menanam kelapa

C             Memungut hasil hutan

D             Memungut sarang burung

5.             Sabah diperintah oleh dua kesultanan iaitu Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Mengapakah Sultan Muyiddin bertindak menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu?

A   Mengelak daripada dikenakan cukai

B   Pertolongannya mengalahkan musuh

C   Dipaksa oleh Sultan Sulu

D  Menjalinkan hubungan antara kerabat diraja

  • Sistem Politik
  • Kesultanan Brunei
  • Kesultanan Sulu

6.      Rajah di atas menunjukkan sistem politik kesultanan yang diamalkan di Sarawak. Di bahagian manakah sistem politik ini diamalkan?

A   Bahagian pedalaman

B   Bahagian pantai barat dan timur

C   Bahagian lembah pantai

D  Bahagian barat laut

7.             Penduduk   Sabah   terdiri daripada 30 kumpulan etnik yang berbeza.

Antara berikut, yang mana-kah tergolong dalam kum-pulan etnik di Sabah?

I    Kelabit

II   Bajau

III Melayu-Brunei

IV  Suluk

A  I, II, dan lll

B  I, II,dan IV

C  I,III,dan IV

D  II, III, dan IV

8.             Taburan penduduk kumpulan etnik Sabah mengikut kawasan tertentu. Kaum yang manakah menduduki kawasan pedalaman?

A   Kadazan dusun

B   Suluk

C   Bajau

D  Murut

  • Penampang
  • Ranau
  • Tambunan
  • Papar
  • Kudat

9.             Kumpulan etnik manakah yang tinggal di kawasan dalam senarai di atas?

A   Murut

B   Bajau

C   Suluk

D  Kadazan dusun

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.

10.          Apakah ciri utama penempatan  awal penduduk di Sabah?

A   Setiap suku etnik menetap di kawasan tertentu

B   Berkait rapat dengan keadaan bentuk muka bumi

C   Bergantung kepada sistem pengairan untuk bertani

D  Penduduk tertumpu di Beaufort dan Kimanis

11.          Di manakah letaknya penem-patan kumpulan etnik Sabah dalam senarai di atas?

A  Kawasan    bergunung-ganang

B   Kawasan pedalaman

C  Kawasan lembah pantai

D  Kawasan persisiran pantai

12.           Masyarakat Sabah menerima pendidikan    formal    dan pendidikan tidak formal. Apakah pendidikan tidak formal yang diajar kepada masyarakat Sabah?

I    Cara berdagang

II   Cara memancing

III Cara memanjat

IV  Cara berternak

A  I, II,dan III

B   I,II dan IV

C   I, III, dan IV

D  II, III, dan IV

13.           Apakah tujuan pendidikan tidak formal diajar kepada golongan kanak-kanak di Sabah?

A  Boleh berdikari apabila dewasa kelak

B   Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan

C   Menjadi orang yang berguna   apabila   dewasa kelak

D  Menjadi pahlawan yang handal apabila dewasa kelak

14.           Masyarakat bumiputera Sabah mengamalkan undang-undang adat dalam kehidupan seharian.

Apakah tujuan sebenar pengamalan undang-undang tersebut?

A  Mengagungkan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing

B   Memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup

C   Menjauhkan diri daripada malapetaka

D  Menjadi panduan hidup di dunia dan di akhirat

15.          Pendidikan formal di Sabah hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam.

Di manakah proses pembe-lajaran ini diadakan?

I  Sekolah

II  Surau

III Pondok

IV  Rumah guru agama

A   I, II, danlll

B   I,II,danIV

C   I,III,danIV

D  II, III, danIV

 

  • Sogit
  • Babas
  • Kepanasan

16.           Senarai di atas menunjukkan bentuk    hukuman    yang diamalkan oleh masyarakat di Sabah.

Hukuman babas dijatuhkan kerana kesalahan

A  melakukan pergaduhan.

B   mencuri harta orang lain.

C   berkelakuan sumbang.

D  melemparkan fitnah.

17.           Masyarakat Kadazandusun di Sabah amat berpegang teguh dengan undang-undang adat yang ditetapkan. Apakah malapetaka yang akan menimpa sekiranya seseorang itu  melanggar undang-undang adat?

I    Ditimpa bencana alam

II   Diganggu oleh roh nenek moyang

III Mendapat penyakit

IV  Berlaku kerosakan pada tanaman

A I, II, dan III

B I, II, danIV

C   I, III, danIV

D II, III dan IV

18.          Rajah di atas menunjukkan adat pertanian yang diamal-kan oleh masyarakat di Sabah.

Apakah acara X yang diada-kan selepas musim menuai padi?

A  Pesta Hari Gawai

B   Pesta Kaamatan

C   Pesta Magavau

D  Pesta Menuai

19.          Mengapakah  masyarakat Kadazandusun mengamalkan Pesta Kaamatan?

A   Untuk menyambut kelahiran bayi

B   Untuk meraikan tahun baru

C   Sebagai tanda kesyukuran

D  Untuk memuja roh nenek moyang

20.          Bermula pada abad ke-16, masyarakat   Sabah   mula mengamalkan agama Islam. Antara berikut, kumpulan etnik yang manakah majoritinya beragama Islam?

I    Kadazandusun

II   Bajau

III Melayu-Brunei

IV  Suluk

A   I dan ll

B   Il dan lll

C   III dan IV

D  I dan IV

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: