RSS

BAB 7

1.      Setelah Melaka dikuasai oleh Portugis, tempat manakah yang menjadi tempat persinggahan pertama Sultan Mahmud Shah I ?

A.  Muar             B. Pagoh                     C. Jempul                    D. Segamat

2.      Antara berikut, tempat manakah yang menjadi tempat untuk Sultan Mahmud Shah I bersemayam sementara sebelum ke Pulau Bentan ?

A.  Perak            B. Johor                       C. Pahang                    D. Selangor

3.      Apakah nama baru bagi Pulau Bentan ?

A.  Pulau Riau    B. Pulau Tioman         C. Pulau Singapura     D. Pulau Bengkalis

4.      Apakah yang telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah I semasa baginda di Bentan ?

A.  Memonopoli perdagangan               C. Mengikat perjanjian kerjasama

B.  Mendapatkan peralatan perang        D. Mengumpulkan kekuatan ketenteraan


Tahun 1521 – 1526

Serang-menyerang antara pihak Portugis dan Melaka.

5.      Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang menjadi sebab Melaka terlibat dalam serangan ?

A.  Untuk menguasai semula Melaka

B.  Untuk memonopoli perdagangan rempah

C.  Untuk melemahkan kekuatan tentera Portugis

D. Untuk menghalang kemarahan Portugis di Tanah Melayu

6.      Antara berikut, siapakah yang telah menghadap Sultan Mahmud Shah I yang bersemayam di Bentan ?

I     Raja Siak

II    Raja Indragiri

III   Maharaja Lingga

IV   Pemerintah Acheh

A. I, II dan III     B.  I, II dan IV     C.  I, III dan IV    D.  II, III dan IV

 

Bentan ke X

7.      Mengapakah Sultan Mahmud berundur ke tempat X selepas meningalkan Bentan ?

A.X ialah jajahan takluk Melaka

B. X berpotensi untuk diperkembang

C. X ialah sebuah kawasan pertanian

D. X terselamat daripada ancamanSiam

Nama asal Johor ialah Unjong Tanah

8.      Berdasarkan penyataan di atas, nama asal Johor berasal daripada

A.  istilah Arab      B.  istilah India     C.  istilah Cina      D.  istilah Parsi

Johor juga dikenal sebagai Jauhar

9.      Apakah maksud Jauhar dalam penyataan di atas ?

A.  Emas               B.  Berlian             C.  Manik              D.  Permata

10.    Antara berikut, tokoh manakah pernah dikenal sebagai Raja Unjong Tanah dan Bentan ?

A.  Sultan Ahmad Shah                      C.  Sultan Muhammad Shah                                                                                 B.  Sultan Mahmud Shah I                 D.  Sultan Alaudin Riayat Shah II

                          Tokoh X

  • Berundur diri ke pagoh
  • Membina kubu di Bentayan, Muar

 

11.    Berdasarkan maklumat di atas, tokoh X ialah

A. Sultan Abdul Jalil                         C.  Sultan Mahmud Shah I

B. Sultan Ahmad Shah                      D.  Sultan Alaudin Riayat Shah

12.    Walaupun Sultan Alaudin Riayat Shah berjaya mendirikan kerajaan di Johor, baginda mempunyai satu azam yang tinggi. Apakah azam baginda ?

A. Memajukan ekonomi Johor           C.  Memulihkan hubungan dengan Johor

B. Mendapatkan semula Melaka       D.  Menjadikan Johor pusat pengajian Islam

Kekuasaan Johor terhadap jajahan takluk diperkukuh pada abad ke 17.

13.    Siapakah tokoh yang telah memperkukuh kekuasaan Johor?

A. Tun Sri Lanang                             C.  Laksamana Tun Abdul Jamil

B. Seri Nara Diraja                            D.  Sultan Alauddin Riayat Shah II

14.    Johor telah menempatkan wakil-wakilnya di jajahan taklukan. Antara berikut yang manakah jajahan taklukan tersebut?

I.    Kampar           II. Bengkalis         III. Siak                 IV. Bentan

A. I, II dan III      B.  I, II dan IV     C.  I, III dan IV    D.  II, III dan IV

Negeri-negeri yang dikawal oleh Johor membekalkan barangan eksport ke Johor.

15.    Barangan apakah yang dibekalkan oleh Klang?

I. Bijih Timah        II. Gading Gajah         III. Arang Batu     IV. Kayu gaharu.

A. I, II dan III      B.  I, II dan IV     C.  I, III dan IV    D.  II, III dan IV

Acheh kerap kali menyerang Melaka

16.    Mengapakah kerajaan Acheh begitu berminat untuk mendapatkan Melaka.

A.Menguasai perdagangan di Selat Melaka.

B. Memecahkan monopoli perdagangan orang Islam

C. Menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian Islam

D. Memajukan Melaka sebagai pelabuhan entrepot

17.    Salah satu dasar perdagangan Portugis di Melaka ialah mengenakan pelbagai sekatan perdagangan. Apakah kesan yang timbul daripada dasar perdagangan Portugis?

A.Pedagang meminta bantuan Acheh

B. Pedagang beralih ke pelabuhan lain

C.Pedagang berazam menawan Melaka

D. Pedagang merancang pemberontakan

Bilangan kapal yang belayar be Riau begitu banyak sehingga sungai itu sukar dilalui kerana terlalu banyak kapal-kapal dagang…-Thomas Silcher

 

18.           Apakah yang ingin dibuktikan dalam petikan di atas?

A.Kekayaan pelabuhan Johor.

B. Kemajuan perkapalan di Riau

C. Kemajuan perdagangan di Riau

D. Kepadatan penduduk asing di Riau

19.    Kepercayaan Orang Laut terhadap Raja Kechil telah memberi satu kesan buruk kepada sejarah negeri Johor. Apakah kesan buruk tersebut?

A.Kebangkitan kuasa Jambi dan Bugis

B.Kenaikan kuasa Bendahara Tun Abdul Jalil

C.Kemerosotan Johor sebagai pusat pengajian Islam

D. Kejatuhan kesultanan Johor ke tangan Raja kechil

Apabila orang Bugis kembali memerintah Riau pada tahun 1802, konflik pembesar Melayu-Bugis terus wujud dan tidak dapat diselesaikan

20.         Apakah tindakan bijak yang harus dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu?

A.Berundur dari pelabuhan Riau

B. Membina kuasa di kawasan masing-masing

C. Mengupah Orang Laut sebagai angkatan laut

D. Meminta bantuan ketenteraan dari negara luar.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: